What's The Story... Morning Glory?



chempiang
October 17th 1970  (Age 39)
Male
Kuala Lumpur
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Wednesday, August 05, 2009
In the beginning...
Dear baby,

InsyaAllah masa baby baca blog ayah ni, baby dah pandai... membaca (of course) dan pandai surf internet... itu pun kalau internet masih lagi "the in thing" masa ni.  Mungkin blog ni tak le original sangat sebab ayah ciplak dari blog orang.  Cuma ayah tukar sikit style memblogging ni ikut selera ayah. 

Ayah buat blog ni sebenarnya untuk baby tau apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas baby dilahirkan.  (nama baby pun belum tau lagi masa ni... sabar yea?).  Ibu pun tak tau yang ayah buat blog ni.  Kira surprise untuk ibu dan baby sekali la ni...

Sedikit mengenai blog ni dulu.  Semasa ayah menaip ni, ayah masih lagi tak terfikir pun tajuk dia.  Cuma link 'chempiang' tu ialah nama samaran ayah (banyak lagi nama samaran... yoyo...mat longgok... itu ayah cerita kemudian).  Original blog sebenarnya dah lama dibuat tapi ayah dah padam sebab dah tak relevan.  Atau mungkin sebab ayah dah malas nak update.  So, untuk menanti kelahiran baby, ayah rasa sekarang ada sebab nak buat blog ni... :)

Hari ni, 5 Ogos 2009 menandakan kelahiran semula blog ni.  Yup... hari ni juga ialah birthday ibu yang ke 26.  Hmmm... birthday gift untuk ibu? (so cheap!)  Oklah... enough about the blog.



Let's start in the beginning...     macam mana ayah dan ibu bertemu...   itu, ayah akan cerita pada blog entry akan datang...



Buat masa ni, ayah nak ringkaskan apa yang sedang berlaku...

Ibu sedang mengandungkan baby selama 5 bulan dah.  Maksudnya dalam 4 bulan lagi, congak-congak dalam bulan Disember nanti, baby akan dilahirkan.  Nanti, ayah akan post gambar baby yang masih melingkar dalam perut ibu, ok?

Umat Islam akan berpuasa dalam kurang dua minggu lagi.  Ayah tak kasi ibu puasa nanti sebab nak kasi baby makan selalu dalam perut!

Ayah pulak ada banyak masa terluang kat ofis ni,  nanti ayah update selalu blog ni untuk baby, ok?




Bakal ayah...
NOR AZLI HJ HAMZAH






sabar menanti...




Posted at 09:50 am by chempiang
Comment (1)  

 
Thursday, August 06, 2009
Ayah & Ibu..
Dear baby,

Seperti yang dijanjikan semalam, ayah akan ceritakan macam mana ayah dan ibu bertemu.  Taklah romantik sangat tapi kira best jugaklah story dia...

Semuanya bermula bila ayah dapat satu assignment di Outward Bound School, Lumut untuk pertandingan Rexona No Sweat Challenge, tahun 2002, around bulan Oktober kot.  Dah lama tak ingat.  Ibu sebagai salah satu peserta dalam challenge tu dan ayah jadi wartawan untuk cover event untuk rancangan Remaja.  Event tu mencabar jugaklah, kena berkayak kat laut, jungle trekking... the stuffs.

Nak dipendekkan cerita, selepas empat hari di sana, ayah sebenarnya tak berapa notice ibu.  Cuma ayah ingat, ibu masa tu suka pakai jaket jeans.  Ayah ingat ibu ni minah rock sesat mana tah! he he he... still, she catches my eyes la.  Tapi tak terpaut hati langsung.

As you know, sebelum ayah kahwin dengan ibu, ayah pernah kahwin dulu tapi tak menjadi.  Masa ayah jumpa ibu, proses penceraian ayah tengah berjalan.  Tu yang kepala ayah tak boleh nak concentrate sangat kat apa-apa dan kerja masa kat Lumut pun rasa macam tak best je.  So, ibu pun ayah tak berapa berkenan le... :p


Anyway, lepas beberapa bulan event tu, ayah dan kawan-kawan ibu yang join sekali event kat Lumut tu sering keluar bersama.  Kira macam 'dating tapi beramai-ramai' la.  Masa ni la baru ayah dan ibu mula semakin rapat.  Dan untuk mendapatkan 'confirmation' kitorang punya relationship, pada 3 Mac 2003, bersaksikan KLCC Twin Towers, ayah dan ibu mengikat relationship sebagai pakwe-awek! HA HA HA...   Kalau baby ada masa tu mesti tergelak tengok muka kitorang.  Sorang malu kuching, sorang lagi malu itik... pilih la siapa kuching siapa itik.

Hampir 5 tahun ayah dan ibu berkenalan, dating ke hulu ke hilir, tengok wayang, makan bersama, pada tahun 2008 dalam bulan 5 kot, ayah menghantar tanda kepada keluarga ibu untuk merisik.  Kitorang plan nikah terus tanpa bertunang pada 1 November 2008.

Ayah dan ibu bernikah di Masjid Taman Melati, dekat dengan rumah ibu di Gombak.  Bermulalah legasi keluarga kita... Disebabkan baby takde di sana masa tu, ayah masukkan beberapa gambar yang diambil masa tu.   Enjoys!

Ayah melafaz akad nikah

Ayah berjaya 'tekel' ibu...


Oklah... itu serba sedikit macam mana ayah ikat ibu sampai jadi isteri ayah.   Esok ayah cerita lebih lanjut mengenai keluarga ayah dan keluarga ibu yang secara langsung menjadi keluarga baby juga.  Oh... ada gambar kawen dan honeymoon sekali... hu hu...



bye... bye...




AYAH HENSEM





 
semalam baby menendang dalam perut ibu... ayah tak sempat nak rasa... :(
Posted at 09:49 am by chempiang
 

 
Wednesday, August 12, 2009
Ayah & Ibu.. Part 2
 Dear baby,

Dah hampir seminggu ayah tak buat entry dalam blog ni.  Maaf, ayah sibuk sikit kat ofis.  Nak bukak laptop pun jarang.  La ni, ayah baru habis program ayah, MHI tadi.  Hari ni turn ayah jadi penerbit, so dari pukul 4am tadi dah tercongok kat ofis.  Sekarang ada free time, ayah sambung balik ok?


Last entry, ayah kata yang ayah bernikah dengan ibu pada 1 November 2008.  Hari berikutnya, kitorang adakan kenduri persandingan di rumah ibu di Gombak.  Bercakap pasal Gombak ni, ada satu kisah menarik yang ayah nak bagitau.  Ayah lahir dan dibesarkan di Gombak, tahun 1998 ayah dengan family ayah pindah ke Morib.  Ibu pulak dah ada kat Gombak sejak 1990 kot... tapi ayah ngan ibu tak pernah berjumpa.  Mungkin sebab perbezaan umur 13 tahun kot.  Tapi itulah yang dikatakan sebagai jodoh... kan?

Ok, cerita pasal hari persandingan, memang meriah.  Fuh! Kalaulah baby ada kat situ... he he he...  Rasa-rasanya dekat 3,000 lebih orang datang.  Cool...


Pasangan pengantin baru sampai...


Cute couple...


Ayah tak nak post gambar banyak-banyak kat sini.  Baby pun boleh tengok sendiri dalam album kan?


Lepas tu, ayah dan ibu pergi honeymoon kat Langkawi... 2 KALI !!  First time pergi semasa cuti kawin, kali kedua pergi dua bulan lepas tu.   Masa tu poket berisi sikit so ayah boleh la pergi jalan-jaan selalu.  Masa kali pertama pergi tu baby tak melekat lagi, kali kedua baru melekat...


First time...


Second time.


Selepas bulan madu yang kedua, bermulalah dunia baby dalam perut ibu  :)  Memang ayah dengan ibu tak pernah merancang, tak pula mengharap.  Alhamdulillah rezeki Allah dah bagi, kitorang terima.  Hari yang doktor kata ibu confirm mengandung, ayah dapat lihat keceriaan yang teramat sangat kat muka ibu.  Ayah tumpang gembira... Tak sabar rasanya nak tunggu 9 bulan.  Kalau boleh dalam 9 minit kitorang nak baby keluar jumpa kitorang.  Hmmm...

Sampai sini dulu celoteh ayah.  Nanti ayah cerita pulak apa yang berlaku sini sana waktu baby dalam perut ibu ok?   See you next entry...


YANG MENUNGGU





  anak benggali gosok gigi, lain kali jumpa lagi...

Posted at 04:22 pm by chempiang
 

 
Tuesday, August 25, 2009
Pendek kata... kerja, kerja, kerja
Selamat pagi baby.

Hari ni ayah murung sikit.  Baru tadi team favourite ayah, Liverpool kalah dengan Aston Villa 1-3.  Tension betul!  Tapi bulan-bulan puasa ni tak boleh tension selalu.  He he he...  Seperti yang baby tau, team football favourite ayah ialah Liverpool.  Sejak dari kecik lagi ayah dah sokong Liverpool.  So, bila baby besar nanti mesti sokong Liverpool jugak, ok?  Jangan sokong team ibu... Chelsea!


Hari ni, ayah nak cerita pasal kerja ayah pulak.  Sejak lepas sekolah, dah macam-macam dah ayah buat.  Jadi despatch, ticket sales, kerja bank.  Dan sejak 1996, ayah bekerja di TV3 sampailah hari ni.  Nak masuk 13 tahun dah ayah kat sini.  Ayah start sebagai Production Assistant untuk rancangan RSB, rancangan untuk teenagers.  Kira old school jugaklah rancangan ni.

5 tahun ke depan ke belakang, ayah naik jadi Wartawan dan baru-baru ni, lebih kurang setahun lepas, ayah naik jadi Assistant Producer atau Penolong Penerbit untuk Malaysia Hari Ini atau MHI.  Kat MHI ni ayah kena bangun awal pagi untuk ke ofis bila diperlukan.  Kekadang ayah jadi Penerbit jugak untuk morning talk show ni.  Kalau baby kata kerja ayah tak sepadan dengan gaji, itu ayah tak nafikan, tapi apa boleh buat, dah nama rezeki.  Bukan takde kerja lain tapi memandangkan ayah pun dah nak masuk 40 tahun dan baby pun dah ada dalam perut ibu, pinggan atas meja kena isi jugak.   Jadi... kerja ajelah...


Rancangan yang ayah tengah handle sekarang ni... MHI.



Ini suasana dalam panel Studio B, untuk siaran langsung MHI


Nature of work ayah pernah membawa ayah berjalan-jalan satu dunia jugak.  Dalam tahun 2000, ayah ke benua Afrika untuk rancangan Jejak Rasul.  Semasa ayah bawah unit Majalah 3, ayah pernah ke USA, Australia, UK dan macam-macam tempat lagi.  Seronok memang seronok tapi penat jugak...




Masa di Semporna untuk rancangan Majalah 3.  Ayah tengah shoot belangkas...



Ayah dengan kawan ayah, Aidid Marcello di Lake Louise, Canada.  Kalau kita ada duit lebih, kita pergi sini dengan ibu yea?



Semasa di Universal Studios, US dengan beberapa wartawan dari Malaysia dan krew MAS Kargo


Memang seronok kerja ni tapi selepas 13 tahun, ayah rasa macam malas dah nak jalan-jalan.  Tak taulah kenapa, mungkin sebab kerja teruk sangat tapi gaji macam tu jugak.  Lagipun sekarang ni ibu dah nak bersalin dah, baby tak lama lagi nak jumpa ayah ibu,  so lagi baik ayah dok sebelah ibu, kan?

Kalau rezeki ayah kat sini aje, mungkin ini kerja terakhir ayah sampai ayah pencen.  Bila baby dah besar nanti, dah kerja makan gaji atau kerja sendiri ke, baby akan faham kenapa ayah tak tukar-tukar kerja walaupun gaji seciput aje.  Dan baby juga akan faham kenapa ayah turn down offer PM kita untuk jadi second-man dia.... :p






Inilah mata pencarian ayah.  Ayah seronok buat kerja ni mungkin juga kerana ayah suka bercerita.  Bukannya nak puji diri sendiri tapi ayah memang bagus dalam penulisan.  Jauh di sudut hati, kalau boleh ayah nak baby besar jadi wartawan macam ayah juga.  Belajar rajin-rajin tau?  Apa saja baby nak jadi ayah tak kisah, janji halal, ok?


Baiklah, sampai sini aje buat hari ni.  Oh ya, dua tiga hari ni baby rancak betul bergerak dalam perut ibu.  Ayah pun dah dapat rasa dah. Hmmm.... seronok!!!!!


Bye bye...








Tak sampai 4 bulan aje lagi...





Posted at 05:30 am by chempiang
 

 
Saturday, September 05, 2009
Tak berapa sihat
Apa khabar sayang?

Ayah sedikit sibuk kebelakangan ni, dengan sambutan merdeka dan upcoming raya program ni, ayah macam tak ada masa sangat nak masuk blog.  Tapi seperti biasa, ayah dapat jugak curi seminit dua untuk baby, ok?

Ibu sejak dua tiga hari ni tak berapa sihat.  Sakit tekak dan rasa nak demam.  Ayah risau jugak sebab sekarang ni banyak kes H1N1 melanda negara, sampai ada yang meninggal.  Kalau sayang nak tau, H1N1 ni penyakit yang diberi nama 'selsema babi'. HA HA! Drastik sungguh nama dia kan?  Tapi memang merisaukan dan simtom-simtom awal ialah selsema dan demam.  Orang mengandung dan kanak-kanak yang paling teruk sekali dijangkiti. Itu yang ayah risau tu.

InsyaAllah, hari Ahad nanti, dua hari lagi, ayah dan ibu akan ke Pusrawi untuk buat scheduled check-up dan harap-harap ibu takde apa-apalah.  Ibu dah pergi klinik dah semalam dan doktor kata ibu sakit tekak aje sebab cuaca.  Just to be on the safe side, ahad ni nak mintak opinion doktor yang bakal menyambut kelahiran baby nanti.



Ibu tengah rilex kat rumah gombak.  Baby dalam perut...



Buat masa ni ibu dah rancang beberapa nama untuk baby.  Kalau perempuan... Qasih Qalisya atau Qasih Qarmila or something like that.  Ayah nak pilih Nor Nilamsari tapi ibu tak nak... :(   Kalau baby boy, kitorang tak pikir lagi, banyak sangat pilihan.  Tapi dari last visit ke klinik, doktor kata mungkin perempuan sebab tak nampak 'bird'! he he he...

Apa-apa pun jantina baby, ayah dan ibu akan terima dengan penuh kesyukuran...





  Kasih... Qasih... Qaseeh... Kasey... Hmmmm.... pening kepala....


Posted at 12:59 am by chempiang
 

Next Page